ALYSAEUDORA
Home
TV Brunei
SUKMAIRAMA
BERITA TERKINI
HILTON HOTEL
CONTACT
RITZ CARLTON
SHANGRI_LA HOTEL
LIRIK
LINK
BIODATA
PHOTO
Photo Album Eudora
SANTAI BH
SANTAI 2
DIARI PENGANTIN
PESTA PERDANA 5
YOUNG FAMILIES
THE NEW PAPER
MANJA 1
MANJA 2
PERTUNJUKKAN
TERIMAKASIH
GUEST BOOK
MANJA 2

Raikan Si Cilik
Manja OKT 2003
Alysaeudora lebih matang
INGAT CINTA BOLLYWOOD, INGAT ALYSAEUDORA. DIALAH YANG SERING MENCUIT HATI KAKAKNYA JULIA DENGAN KEANAK-ANAKNYA. TAPI KINI LEBIH CERIA KERANA ALBUM TERBARUNYA BAKAL BERADA DIPASARAN.

Rambut panjangnya lembut mengurai hingga kebahu. Mata besarnya bersinar,sesuai dengan hidungnya yang mancung dan bentuk muka yang bujur. Alysaeudora mengukirkan senyuman,semanis namanya.
Alysaeudora sudah mula menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza pada usia enam tahun. Yang nyata Siti ialah idolanya. Siti boleh menyanyikan sebarang lagu,katanya. Di samping Siti,dia juga meminati Ziana Zain. Apabila Ziana tarik suara,hebat sekali,katanya. Kalau artis barat pula,dia meminati suara dan gaya Britney Spears. Alysaeudora rasa seronok bila berlakon atau menyanyi. Jika dia sekolah petang,dia akan bagun pagi,kemudian sambil dia belajar,dia akan menyanyi. Begitulah setiap hari,dia berlatih nyanyiannya.
Antara acara yang telah dipersembahkan ialah Spring Singapore dan menyanyi untuk jamuan malam tahunan bagi pejabat Presiden S R Nathan.
Insya-Allah, Alysaeudora akan menjadikan nyanyian sebagai kerjaya tetap kerana dia mendapati nyanyian lebih menarik dan dia lebih selesa dengannya. Selain menyanyi,dia juga ingin menjadi seorang model.
Akhir tahun ini akan menyaksikan Alysaeudora melancarkan album pertamanya semula. terdapat juga sebuah lagu baru yang amat istemewa buatnya. Alysaeudora menjanjikan vokal yang terbaik untuk album baru ini kerana dahulu suaranya belum begitu matang.
Harapan Alysaeudora bagi album baru nanti,"Moga ia album yang terbaik,bagus dan mendapat lebih sambutan". Dimasa lapang, Alysaeudora menonton television,bermain komputer dan gantung kat telefon. Gadis ini suka menonton filem P.Ramlee. Ada yang telah ditontoninya sebanyak 10 kali. Filem kegemarannya ialah Bujang Lapok.
Mengapa?"Kerana dia sungguh lucu dan lakonannya bagus sekali. Dari situ,saya boleh memperbaiki lakonan saya," gelak Alysaeudora.
Pada hujung minggu pula, Alysaeudora akan meluangkan masanya bersama keluarga dengan bersantai di pantai dan makan petang bersama keluarga tersayang. Dia juga gemar ke Orchard Road untuk membeli-belah bersama ayahnya. Tentang Singapura,"Semua saya suka,hanya cuacanya sahaja. Ia terlalu panas dan kadang-kala,ia selalu hujan."
Alysaeudora juga ucapkan,"Selamat Hari Kanak-Kanak. Semoaga kita semua maju dan berusaha untuk membina masa hadapan yang cerah dan cemerlang."

Enter supporting content here