APABILA nama Alysaeudora diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Kanak-Kanak Terbaik
Pesta Perdana, sejuk saja bunyi tepukan penonton.
Para penyokong calon-calon lain
yang memenuhi auditorium Caldecott seperti terkejut.
Kemudian, ada yang merungut , macam
mana penyanyi cilik itu boleh menang, sedangkan ber-banding dengan populariti calon-calon kanak-kanak lain seperti Md Hafiz
Md Nasir ( JejariHidup ) , Nursyahirah A. rahman ( Jeritan Sepi ), Rauzan Rahman ( Klik ), dan Nurshafiqah ( Klik ),
dia kurang menyerlah.
Murut salah seorang juri yang diberi
tugas membuat penilaian kategori tersebut, Alysaeudora, yang membuat percubaan pertama berlakon dalam Sayembara Cerpen, mempunyai
ekspresi wajah yang cukup menyakinkan.
Yalah, penilaian bukan dibuat berdasar
populariti, tetapi persembahan.
Apabila ditemui , ibu Alysaeudora, Rosanna
Alisalih, berkata beliau memang perasan dengan reaksi penonton terhadap kemenangan anak-nya itu.
"Tak apalah, yang penting, kami tetap bersyukur
Dora diberi penghargaan. Awak dengar ucapannya?
"Semuanya datang daripada hatinya yang
ikhlas... tak perlu diajar-ajar.
"Dia sendiri yang menghargai peluang-peluang
yang telah diberikan selama ini." kata Rosanna.
Biarpun usianya baru sembilan
tahun Alysaeudora nyata tidak mudah diperbudak-budakkan kerana matang menilaikan antara yang baik dengan yang buruk.
Kemenangannya itu hanya menguatkan
azamnya dan keluarganya untuk membuktikan dia boleh mencapai kejayaan yang lebih memuaskan, baik sebagai penyanyi mahu- pun
pelakon.
Kalau keluarganya pernah menganggap
album pertama Alysaeudora cukup mengecewakan dari segi penerbitan dan promosi, kini mereka sudah bersedia untuk berkerja lebih
keras lagi untuk album seterusnya.
"Saya dah menang, tetapi saya
berazam untuk membuktikan saya boleh berlakon lebih baik.
" Kalau saya diberi peluang
lagi, saya nak buat sungguh-sungguh," demikian azam sicomel yang bersekolah di Sekolah Rendah Evergreen
itu.
Sementara
menanti proses pembikinan album kedua berjalan dengan kumpulan penerbit dan pemuzik yang baru, Alysaeudora mengisi masanya
menyertai kursus peragawati dan meningkat-kan personaliti dengan sebuah agensi Melayu tempatan.
Ini menjelaskan
mengapa berbanding dengan kebanyakan bintang kanak-kanak lain, Alysaeudora cukup bergaya, baik dari segi pakaian, mahupun
cara berjalan dan bercakap, tidak kira di mana dia berada.
"Itu yang saya belajar
daripada kursus, jadi saya kena berlatih," ujurnya.
Wah... ini yang
dinamakan melentur buluh dari rebung-nya.
Macam mana agaknya gaya
si kecil ini 10 tahun lagi ya?