Rambut panjangnya lembut mengurai hingga ke bahu. Mata besarnya bersinar,sesuai dengan hidungnya yang mancung dan bentuk
muka yang bujur. Alysaeudora mengukirkan senyuman,semanis namanya.
Alysaeudora sudah mula menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza pada usia enam tahun. Yang nyata Siti ialah idolanya.
Siti boleh menyanyi sebarang lagu, katanya. Di samping Siti, dia juga meminati Ziana Zain. Apabila Ziana tarik suara, hebat
sekali, katanya. Kalau artis barat pula, dia meminati suara dan gaya Britney Spears.
Alysaeudora rasa seronok bila berlakon atau menyanyi., Jika dia sekolah petang, dia akan bangun pagi, kemudian
sambil dia belajar, dia akan menyanyi Begitulah setiap hari, dia berlatih nyanyiannya.
Antara acara yang telah di persembahkan ialah Swing Singapore and menyanyi untuk jamuan malam tahunan bagi pejabat Presiden
S R Nathan.
Insya-Allah, Alysaeudora akan menjadikan nyanyian sebagai kerjaya tetap kerana dia mendapati nyanyian lebih menarik
dan dia lebih selesa dengannya.
Selain menyanyi, dia juga ingin menjadi seorang model.
Akhir tahun ini akan menyaksikan Alysaeudora melancarkan album pertamanya semula. Terdapat jua sebuah lagu
baru yang amat istimewa buatnya. Alysaeudora menjanjikan vokal yang lebih baik untuk album baru ini kerana dahulu suaranya
belum begitu matang.
Harapan Alysaeudora bagi album baru nanti, "Moga ia album yang terbaik, bagus dan mendapat lebih sambutan." Dimasa
lapang, Alysaeudora menonton televisyen, bermain komputer and gantung kat telefon. Gadis ini suka menonton filem P Ramlee.
Ada yang telah ditontoninya sebanyak 10 kali. Filem kegemarannya ialah Bujang Lapok.
Mengapa? "Kerana dia sungguh lucu dan lakonannya bagus sekali. Dari situ, saya boleh memperbaiki lakonan
saya," gelak Alysaeudora.
Pada hujung minggu pula, Alysaeudora akan meluangkan masanya bersama keluarga dengan bersantai di pantai dan makan petang
bersama kerluarga tersayang. Dia juga gemak ke Orchard Road untuk membeli-belah bersama ayahnya.
Tentang Singapura, "Semua saya suka, hanya cuacanya sahaja. Ia terlalu panas dan kadang-kala, ia selalu hujan."
Alysaeudora juga ucapkan, "Selamat Hari Kanak-Kanak. Semoga kita semua maju dan berusaha untuk membina masa hadapan
yang cerah dan cemerlang."